SOALAN LAZIM

Bagaimana kami nak bermula membina rumah dengan Q CONS HOME?

Sila rujuk Page “proses pembinaan rumah bersama Q CONS HOME”.
Kami menyediakan maklumat langkah demi langkah untuk memudahkan anda.

Adakah Q CONS HOME menyediakan spesifikasi bangunan bersama kontrak pembinaan?

Ya. Kami menyedikan spesifikasi bangunan sebagai sebahagian daripada kontrak pembinaan.

Bina rumah dengan Q Cons Home, ada perjanjian “black & white“?

Ya. Di Q Cons Home, perjanjian pembinaan rumah melalui syarikat peguam yang dilantik khas menjadi pemegang amanah sepanjang proses pembinaan rumah.

Bagaimanakah cara pembayaran dengan Q CONS HOME?

Kami menerima bayaran :

  • secara tunai berperingkat
  • mengikut ‘progress’ kerja siap sepertimana yang tertera pada perjanjian pembinaan
  • pinjaman pembinaan rumah kerajaan (LPPSA)
  • pinjaman pembinaan rumah dari bank-bank tempatan
  • pengeluaran KWSP

Cara Pinjaman Pembinaan Rumah Atas Tanah Sendiri

Pinjaman Pembinaan Rumah Atas Tanah Sendiri boleh melalui beberapa saluran;

  1. Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Rujuk Pinjaman kategori II.
    Anda boleh merujuk kepada website Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) di link ini http://www.lppsa.gov.my/v2/
  2. Pinjaman dari bank tempatan. Contoh Public Bank, Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam & Bank Simpanan Nasional.
  3. Pengeluaran KWSP Akaun 2

Adakah QCONS HOME menguruskan pembiayaan perumahan untuk pelanggan?

Ya. Kami sangat memahami yang penjawat awam sangat sibuk untuk menguruskan urusan pembiayaan LPPSA. Oleh itu, kami mempunyai team khas untuk menolong anda menguruskan hal-hal yang berkaitan pinjaman LPPSA.

PROSES PEMBIAYAAN LPPSA

AMAUN KELAYAKAN PEMBIAYAAN

Sumber asal : http://www.lppsa.my/v2/

Apakah jenis pembiayaan LPPSA untuk kategori Bina Rumah Atas Tanah Sendiri?

Pilih Pembiayaan LPPSA Jenis 2 – Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Kredit : maklumat dari website http://www.lppsa.gov.my

Ada berapa kategori pelan di Q CONS HOME?

Ada 3 Kategori;

  1. Standard Pelan QCONS HOME (lebih dari 100 pelan disediakan).
  2. Pelan tuan rumah sendiri. Pihak QCONS HOME akan semak semula dari semua aspek untuk memastikan aspek keselamatan & reka bentuk yang boleh digunapakai.
  3. Pelan baru yang direka khas untuk pelanggan. Kerjasama antara tuan rumah & team QCONS HOME.

Jika saya ingin membina rumah di atas tanah sendiri, perlukah saya menukar status tanah pertanian kepada bangunan?

  • (i) Jika pembayaran melalui cara tunai. Tidak perlu tukar.
  • (ii) Jika Pinjaman Bank. Perlu tukar ke status tanah bangunan kerana bank hanya menerima geran berstatus bangunan sahaja.
  • (iii) Jika pinjaman kerajaan LPPSA. Tidak perlu tukar melainkan kelulusan pelan oleh Pihak Penbandaran Tempatan (PBT) mewajibkan penukaran status tanah untuk kelulusan pelan rumah.