Mudahnya Bina Rumah Dengan Pinjaman Perumahan Kerajaan

Zaman hari ini semakin mudah untuk memiliki rumah sendiri kerana terdapat pelbagai bentuk bantuan
perumahan yang disediakan. Terutama bagi kakitangan kerajaan boleh memohon pinjaman perumahan
daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Jika dibandingkan dengan pinjaman lain, antara kelebihan pinjaman perumahan kerajaan ialah:

1. Pembiayaan sehingga 100%
Jika membuat pinjaman bank, jumlah pembiayaan yang diberi hanya 90% paling maksimum dan
selebihnya harus dibayar menggunakan wang deposit.
Namun dengan LPPSA, anda layak mendapat pembiayaan sebanyak 100% maksimum, dan tidak
perlu sediakan wang deposit.

2. Kadar tetap faedah (interest) serendah 4%
Pinjaman bank mengenakan 4-7% kadar faedah. Namun ianya masih tergantung harga rumah
anda. Semakin tinggi harga rumah idaman anda, semakin rendah kadar faedah yang akan
dikenakan. Ini kerana bank bergantung kepada Base Learning Rate (BLR).
Dengan LPPSA anda dapat jimatkan kadar faedah kerana kadar tetap ini sangat rendah. 4%
setahun. Susah juga nak dapat kadar serendah ini di tempat lain.

3. Tempoh pinjaman maksimum
Berkenaan tempoh pinjaman, melalui pinjaman bank anda hanya layak dibiaya sehingga usia
anda mencecah 75tahun. Manakala dengan LPPSA, pembiayaan adalah semaksimum umur anda
90 tahun.
Tempoh pinjaman yang diberi oleh LPPSA ada seperti berikut:
1. 30 tahun – rumah pertama
2. 25 tahun – rumah kedua

Mudahkan?
Namun bagi yang bukan kakitangan kerajaan jangan sedih, ini antara bantuan kerajaan lain yang boleh
bantu anda memiliki rumah pertama dengan mudah :

1. Perumahan PR1MA
2. Rumah Mesra Rakyat SPNB
3. Rumah Idaman Rakyat SPNB
4. Skim MyDeposit 2018

Ada yang bertanya,
“Macamana ya saya nak mohon pinjaman LPPSA jika nama saya blacklisted CTOS / CCRIS”

Anda tidak perlu risau kerana masih boleh membuat permohonan pembiayaan pinjaman perumahan
kerajaan LPPSA. Lebih menarik lagi, LPPSA menyediakan bantuan khas bagi kakitangan kerajaan yang
ingin memiliki kediaman sendiri sehingga RM700,000.

SYARAT PINJAMAN LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)

Kemudahan pembiayaan perumahan sektor awam di bawah Lembaga diberikan kepada orang yang
layak berdasarkan syarat-syarat kelayakan berikut:
1. Anggota Perkhidmatan Awam/ Pasukan Polis/ Angkatan Tentera.
2. Anggota Pentadbiran Persekutuan iaitu Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri,
Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik.
3. Anggota Pentadbiran Negeri iaitu Menteri Besar, Ketua Menteri, Timbalan Menteri Besar,
Timbalan Ketua Menteri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
4. Hakim Mahkamah Persekutuan/ Rayuan/ Tinggi tertakluk kepada Akta Saraan Hakim 1971 (Akta
45).
5. Anggota Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
6. Yang Dipertua Dewan Rakyat.
7. Anggota Dewan Undangan Negeri.
8. Pekerja badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan.
Diingatkan bagi mereka yang layak dan berhak memohon kemudahan pembiayaan perumahan daripada
Kerajaan Negeri, badan berkanun atau pihak berkuasa tempatan tetapi sudah mempunyai skim
pembiayaan perumahan sendiri adalah tidak layak mendapat kemudahan pembiayaan perumahan
sektor awam (LPPSA) ini.

Pemohon layak untuk menikmati dua kali pembiayaan sama ada memilih SPPSA atau SPPSAi bagi
pembiayaan pertama dan pembiayaan kedua tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Permohonan pembiayaan kedua dibenarkan dengan syarat pembiayaan pertama diselesaikan terlebih
dahulu.

Pemohon yang telah mendapat kemudahan pembiayaan perumahan daripada Kerajaan Negeri, Badan-
Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hanya layak mendapat kemudahan pembiayaan kedua di
bawah skim ini tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan kedua.

Lembaga membenarkan permohonan pembiayaan bersama untuk membeli satu hartanah yang sama
tertakluk kepada syarat-syarat pembiayaan semasa di antara:
1. suami dan isteri; atau
2. bapa/ ibu dan anak/ anak-anak.

Syarat Asas Pinjaman Perumahan Kerajaan LPPSA

1. Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
2. Warganegara Malaysia
3. Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara (bagi penjawat awam Skim
Berpencen), dan 5 tahun sebelum tamat perkhidmatan (bagi penjawat awam Skim KWSP)
4. Berkhidmat sekurang-kurangnya 1 tahun
5. Telah disahkan dalam jawatan
6. Bukan seorang muflis @ si berhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang
dalam tindakan tatatertib
7. Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
8. Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman
dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau
Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

Bagi anda yang ingin membuat pinjaman bina rumah atas tanah sendiri perlu patuhi beberapa syarat
dan garis panduan dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) antaranya ialah :

1. Pembinaan rumah hanya boleh dimulakan setelah pinjaman diluluskan.
2. Rumah hendaklah dibina di atas tanah yang ada Hakmilik Individu dan bebas daripada sebarang
bebanan.
3. Pemohon adalah pemilik hartanah sepenuhnya atau pemilik bersama suami/isteri.
4. Surat kebenaran menggadai daripada Pihak Berkuasa Negeri diperlukan jika hartanah ada
sekatan kepentingan.
5. Pelan bangunan yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan tempoh kelulusan masih
berkuat kuasa.
6. Rumah yang dibina hendaklah mengikut pelan semasa kelulusan pinjaman.
7. Bayaran adalah mengikut Jadual Ketiga kepada Jadual G Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan
dan Perlesenan) 1966 [Akta 118] dan Peraturan-Peraturan Pemajuan Perumahan (Kawalan dan
Perlesenan) 1989.
8. Laporan Penilaian daripada JPPH

QConsHome sedia beri bimbingan kepada anda berkenaan urusan pinjaman LPPSA supaya anda dapat
bina rumah di atas tanah sendiri dengan mudah. Terus hubungi QConsHome untuk dapatkan info lanjut
bina rumah dengan pinjaman untuk kakitangan kerajaan.

Tee

Tee

One Comment

Leave a Reply