IKUTI 5 PANDUAN CARA NAK BINA RUMAH ATAS TANAH SENDIRI

Ramai yang nak bina rumah atas tanah sendiri namun tidak tahu asas panduan cara nak bina
rumah.

Ada beberapa perkara penting yang perlu anda ambil tahu sebelum mula proses bina rumah idaman anda.

Dah sedia? Jom kita fahamkan 5 panduan cara nak bina rumah atas tanah sendiri.

1. Buat Persiapan Bajet

Sebelum mula proses bina rumah, pastikan anda sudah siapkan list bajet yang merangkumi
segala kos tanah dan rumah. Sekiranya anda merancang untuk buat pinjaman dari pihak
bank, boleh semak kelayakan pinjaman di bank.
“Alahai, kenapa perlu buat bajet? Bank kan ada.”
Itu lah antara komen-komen dari tuan rumah. Sebenarnya, bank hanya meluluskan 90%
sahaja pinjaman yang dipohon. Sekiranya anda memohon pinjaman untuk rumah ketiga,
jumlah pinjaman akan berkurang sebanyak 80% sahaja.
Jadi sangat perlu anda sediakan ‘cash’ yang cukup sekurang-kurangnya 15% – 20% dari kos
pembinaan.

Kiraan mudahnya begini:
Kos bina rumah = RM 650,000
15 % dari harga kos = RM 97,500
Sekurang-kurangnya RM 97,500 tunai perlu anda sediakan dan masukkan dalam list bajet
tadi.

Antara urusan bina rumah yang perlukan duit tunai ialah:
1. kos melukis pelan
2. permohonan kelulusan di PBT
3. kos guaman

Ramai yang fikir kos-kos ini boleh dibayar dengan wang dari KWSP dari akaun 2. Ramai juga
yang silap, jadi anda perlu tahu yang wang KWSP ini hanya boleh dikeluarkan apabila kerjakerja bina rumah sudah dijalankan dan PBT telah meluluskan projek bina rumah anda.

2. Buat Bank Idea dan Konsep Design

Siapa sini pernah guna Pinterest? Haa kat situ lah tempat lepak orang-orang kreatif. Mereka
suka lepak di Pinterest kerana di situ banyak bank idea. Anda juga boleh jadi kreatif seperti
mereka atau lebih kreatif lagi. Type sahaja carian berkenaan design rumah dan semuanya
tersedia untuk anda. Dah jumpa design yang anda suka…PIN!

Apa perlu buat lepas dah dapat idea?

Ahaaaa, sediakan satu buku nota khas “Projek Rumah Kita” dan catatkan setiap info carian
anda tentang cara nak bina rumah. Ini memudahkan anda untuk bincang dengan kontraktor
supaya hasil binaan rumah idaman anda tercapai.

3. Cari Arkitek Yang Bagus

Tugas arkitek atau pelukis pelan sangat penting bukan sahaja melukis pelan, malahan
mereka perlu dapatkan kelulusan dalam penilaian design rumah. Ada ciri-ciri penting yang
perlu diambil kira dalam melukis pelan terutama ciri keselamatan.
Bukan itu sahaja, arkitek atau pelukis pelan ini juga perlu keluarkan sijil “certificate of
completion” sesudah semua kerja melukis pelan diluluskan. Sijil ini akan dihantar kepada
pihak bank untuk update bayaran yang diperlukan oleh kontraktor.

4. Kontraktor vs Tukang Rumah

Jika diberi pilihan, anda pilih kontraktor atau tukang rumah? Sebenarnya ianya bergantung
pada jenis kerja yang diperlukan. Tukang ialah mereka yang mahir dalam kerja pertukangan
dan memiliki kepakaran tersendiri terutama dalam skop kerja kecil, antaranya:
– tukang paip
– tukang cat
– tukang plaster
– tukang batu
– tukang ceiling
– dan banyak lagi

Siapa pula kontraktor?
Oooh, kontraktor ialah mereka yang mempunyai kepakaran dalam tugasan kerja skala besar
dan yang paling penting ialah mereka ada lesen CIDB atau mana-mana badan yang
berkaitan.

Tip pilih kontraktor terbaik
1. Pastikan kontraktor anda berdaftar dengan CIDB
2. Ada pejabat urusan dan anda perlu kenal pasti pejabat mereka
3. Mempunyai staf yang berpengalaman
4. Syarikat telah lama beroperasi
5. Buat lawatan ke tapak binaan

Untuk kerja skala kecil, serahkan sahaja pada TUKANG manakala untuk kerja skala besar,
serahkan pada KONTRAKTOR. Dah tahu nak buat pilihan?

5. Spesifikasi Rumah

Spesifikasi Rumah bermaksud anda perlu detail kan setiap perincian bahan binaan rumah
anda.
Contohnya:
1. Pilihan batu bata – bata simen atau bata merah
2. Pilihan rangka pintu dan tingkap – bahan kayu atau bahan besi aluminium
3. Pilihan kemasan lantai – simen konkrit atau jubin seramik
Ingat! Jangan tertipu dengan janji manis dari kontraktor. Pastikan anda sendiri tahu jenis kos
bina rumah anda sendiri. Ramai yang terpedaya dengan harga kos yang murah dan akhirnya
rumah entah kemana. Haih!
Jadi pastikan setiap spesifikasi binaan ini perlu ada catatan bertulis dalam pelan. Bukan apa,
perkara ini nampak remeh sebab itu ramai ambil mudah dan bila jadi konflik kemudian hari baru nak menyesal

Anda ingin bina rumah yang cantik, berkualiti dengan kontraktor yang boleh dipercayai ?

Hubungi QCONSHOME di 0195607999 atau 0195679333 untuk keterangan lanjut.

Anda juga boleh merujuk di Facebook Page https://www.facebook.com/qconshome/

Tee

Tee

2 Comments

Leave a Reply